Istiqamah adalah proses, usaha penambah-baikan hari ke hari..
Istiqamah adalah di antara ujian terbesar para Da'ie.
Namun kita bersyukur kerana menjadi ummah Nabi Muhammad Saw, yang jangka hayatnya jauh lebih pendek berbanding dengan ummah-ummah Rasul-rasul terdahulu.
Jangka hayat kita sekitar 60-70 tahun. Jadi mujahadah kita untuk terus beristiqamah adalah sekitar 40-50 tahun sahaja (kalaulah dikira kebanyakan kita sekarang berumur 20-an mula berkenalan dengan perjuangan)
Bayangkanlah kalau kita dikurniakan Allah dengan umur yang panjang sehingga ratusan atau ribuan tahun seperti ummah Nabi Nuh dan nabi-nabi terdahulu?
Bahkan ianya menjadi ujian yang berat bagi kita untuk terus istiqamah sehingga ke akhir usia. Istiqamah untuk ratusan tahun.
Bukan ujian yang mudah. Dah pasti ramai yang tersungkur.
Aku mungkin salah seorang daripadanya, walya'uzubillah.
Ya Allah, izinkanlah aku mati ketika masih lagi bersama dengan 'Istiqamah'.
Allahumma Tsabbit Qalbi.. Allahumma Tsabbit Qalbi.. Allahumma Tsabbit Qalbi!
T_T







0 Respon
Post a Comment