"Andai diumpamakan Islam pada hari ini seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan keseluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tak ingin mengutip ramainya bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah" As-Syahid Imam Hassan al-Banna
Hampir sebulan dah saya berhenti daripada mengarang, mencari hikmah-hikah buat diri dalam mengumpul kekuatan untuk berkongsi. Hati yang penuh dengan dosa ini membantutkan usaha untuk bicara, bimbang mafsadah yang bakal lahir daripada penulisan-penulisan saya.
Di sini saya titipkan sekalung tahniah buat adik usrah saya, Najmi yang sekarang ini berpangkat 'abang' kepada saya dalam menunjukkan saya selok-belok meninggalkan maksiat, dan mengejar pahala. Posisi naqib lebih layak buat dirimu berbanding aku yang penuh dosa.
Saya jadi teringat kepada nasihat sahabat saya satu ketika dulu; 'Teman, patahkan saja ranting dan dahan lama.. Pucuk baru tak sabar nak tumbuh ke puncak.'
Memang benar sekali, ranting dan dahan yang dah lama serta buruk mesti dipatahkan bagi memberi laluan pucuk baru untuk tumbuh segar. Lalu kujatuhkan diri kebumi, memainkan peranan yang selayak buat diri.
Lega, sungguh lega diberikan masa yang lebih panjang untuk memuhasabah diri, kerana itu lebih layak buat pendosa seperti saya. Kini aku semakin dapat merasai nikmat bersujud kepada-Mu ya Allah.
Inilah posisi yang aku cari dan idamkan selama ini.. Allah.. Allah..
9 April 2011







0 Respon
Post a Comment