Mari Kembali..

Bicara Ahmad Firdaus Fuzai | 3:46 PM | 0 Respon »



Rabiatul Adawiyah pernah menyebutkan; Istighfar 'ala istighfar. Iaitu satu Istighfar disebutkannya memerlukan istighfar lagi untuk istighfar itu.

Kerana mungkin saja istighfar yang pertama itu lari niatnya. Sengaja nak ditunjuk-tunjuk supaya disebutkan kita ni seorang yang selalu beristighfar. Lalu ia tak diterima Allah.

Itu tahapan Rabiatul Adawiyah yang bersih hatinya. Beliau diiktiraf sebagai ahli sufi yang sangat tawadhu' kepada Allah.

Umar R.a yang telah dijamin syurga buatnya, pun merasakan dirinya masih tak suci. Dirasakan dirinya hina dihadapan Allah. Menangis hampir sepanjang malam mengenang dosa-dosa.

Tak perlu sebut mereka, Rasulullah yang ma'sum dan dah dijanjikan syurga tertinggi disamping ar-Rafiqul a'la pun berdirinya solat sehingga bengkak-bengkak kaki. Rukuk dan sujudnya lama, bukan 10 saat seperti kita.

Saya yang kelemahan ini pula bermalas-malas untuk mengadap Allah. Istighfar pun sekali sekala, sangat culas dalam ibadah. Setiap sebutan istighfar tak menitiskan insaf pun dalam hati.

Allah.. Allah.. Allah..

Entah berapa ribu istighfar diperlukan di atas satu istighfar saya.

Allah.. Allah.. Allah..

0 Respon