
Saya perlukan masa untuk diri saya bermuhasabah. Mungkin juga saya perlukan 'rehat' sebentar daripada kalian.
Minta maaf.
Time is a part of treatment huh?
Kalian penat? Saya juga penat. Terima kasih kerana memahami yang saya juga manusia biasa.
Sungguh saya merasakan sangat kerdil saya di depan Allah. Kecil dan tak mampu apa-apa tanpa bantuan daripada Allah.
Dah sampai limit?
Mungkin.
"Maka disebabkan rahmat daripada Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonlah ampun bagi mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu…" (Ali 'Imran:159)
Doakan saya kembali berharap dan terus dengan harapan.
"Keep hope alive?"
1 januari 2011






Tiada rehat dalam perjuangan..huhu
teringat kisah Rasulullah saw pergi menyendiri di gua Hira'..
pergi untuk menenangkan kembali diri,
untuk susun benda dalam kepala,
pergi yang bukan bermaksud lepas tangan dari perjuangan, atau lepas tangan dari masalah masyarakat.
mungkin sesekali kita juga perlu begitu.
have time 4 ourself eh?