BiCarA Si MuNaFiQ

Bicara Ahmad Firdaus Fuzai | 12:12 AM | 2 Respon »


Kartun ni pun faham Ikhlas ni susah..


Hari ini saya berbicara tentang ikhlas dengan adik-adik saya. Ah, tipulah kalau saya cakap saya orang yang paling ikhlas pada masa tu. Saya sendiri tak tahu sama ada saya ikhlas atau tak.

Mungkin saja bicara paling munafiq saya pada petang tadi. Tentu saja adik-adik mendengar dengan penuh rasa menyampah. Saya sendiri pun menyampah!

Orang ikhlas ni buat kerja tulus hanya untuk Allah. Kadang-kadang kita rasa kita ikhlas, sebenarnya tidak.

Ikhlas ni lawan dia Riya', Sum'ah, Ujub.

Riya' ni mudah je kita nak tahu. Bila kita rasa semangat nak beramal depan orang lain. Tiba-tiba je rajin solat sunat. Rukuk pula bukan main lama. Sujud apatah lagi, sampai melekuk lantai ditenyehnya.

Sum'ah lebih bahaya. Kita buat amal dalam keadaan tak ada orang disekeliling. Tapi kita rasa suka bila amal kita ni orang tahu dan duk sebut-sebut. Jadi teladanlah kononnya. Hati rasa berbunga-bunga bila orang sebut kita ni seorang yang jaga ibadah malam, sentiasa beristighfar dan sebagainya. Ini Sum'ah namanya.

Kalau kita terlepas daripada Riya' dan Sum'ah pun, ada yang lebih dahsyat lagi. Iaitu ujub. Haa yang ni bukan antara kita dengan orang lain, tapi kita dengan bisikan diri sendiri. Rasa ajaib dengan diri sendiri sebab kita mampu istiqamah dengan solat dhuha setiap hari. Pelik pun ada, kita mampu bangun malam 2,3 kali seminggu.

"Aku ni wali Allah ke?"
"Pelik, aku ni ahli syurga dah kot ni.."

Soalan ni duk berdetik dalam hati dan fikiran.

Nah, ini lah musuh-musuh ikhlas. Susah sungguh nak capai tahap ikhlas nih. Kalau terlepas daripada ketiga-tiga 'musuh' ikhlas ni pun belum tentu lagi kita dah ikhlas. Saya menulis ni pun entah ikhlas atau tak. Ikhlas ni sangat mendalam. Ianya rahsia dalam rahsia. Kalau kita rasa kita dah ikhlas pun belum tentu lagi kita dah mencapai ikhlas.

Amalan tak ikhlas lebih teruk daripada debu. Tak ada nilai. Bahkan debu pun lebih baik, sekurang-kurangnya boleh juga guna buat tayammum gurau sahabat saya satu masa dulu.

Tapi jangan kerana takut tak ikhlas kita terus tak mahu beramal. Itu lebih sesat dan menyesatkan. Allah telah memberikan pedoman pada kita. Buatlah sebaiknya.

"Bekerjalah kamu, maka Allah akan menilai perkerjaanmu itu.." (At-Taubah:105)


Beramal itu tugas kita, menerima dan menilai itu hak Allah. Beramallah sehingga kita letih nak buat maksiat.

Ilaahana, anta Maqsudana
Ya Tuhan kami, Engkaulah tujuan kami

12 Januari 2011

2 Respon

  1. Dr Ridzwan Bakar // January 20, 2011 5:18 PM  

    Assalamualaikum,
    Excellent blog. Keep it up!

  2. musafir dunia // January 29, 2011 5:12 PM  

    peringatan yang sangat sesuai untuk kita yang sering lalai ni.
    -penulisan yg santai dan bersahaja tapi sarat dengan ilmu.
    moga Allah redha..
    wallahua'lam..