TeNaNg Ke?

Bicara Ahmad Firdaus Fuzai | 8:35 AM | 0 Respon »



Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati kan menjadi tenang (13:28)


Baru-baru ini saya ditanya oleh murobbi. "Agaknya dengan solat hati kamu semakin tenang tak? Apa rasa hati kamu bila kamu berzikir?"

Saya yakin soalan tu memang tak perlukan jawapan. Sekilas pandang, mesti beliau dah pun tahu jawapannya. Batang tubuh yang berdiri di depannya ini memang penuh kekurangan. Objek yang bakal jadi bahan bakar api neraka kalau tak dibentuk dan dibersihkan dengan intensif.

Susah nak mendalami dan menyelami sehinggakan boleh tenang dengan solat sahaja. Tapi janji Allah itu benar. Memang sahabat-sahabat Nabi dan para salafussoleh dah merasainya. Cuma untuk nak merasakan demikian, ada syaratnya.

Apakah yang ada pada mereka tapi tak ada pada kita?

Orang-orang terdahulu lagi (intima' dengan Islam) yang pertama-tama di antara orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan Ihsan, Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah (9:100)


Mereka mengikuti Rasul dan buat sungguh-sungguh dengan rasa Ihsan. Penuh penjiwaan dalam ibadah.

Kita bersolat, dan berzikir. Tapi tak menenangkan hati.

Kita rasa puas sebab dah tunaikan solat, tapi tak juga rasa tenang.

Ramai antara kita mampu beriman dengan lidah dan perbuatan.

Tapi belum tentu lagi mampu beriman dengan hati.

Iman yang membawa kepada Ihsan, iaitu penjiwaan dengan sungguh-sungguh dengan tindakan yang dilakukan.

Solat dan zikir dengan sepenuh jiwa, bukan sekadar lidah dan tindakan.

Rupa-rupanya beriman dengan hati lebih susah daripada perbuatan. Itu yang membezakan orang yang benar-benar beriman dengan munafiq.

Iman dalam hati.

Apakah aku?

0 Respon