
Infaq dan Sedeqah, adakah terdapat perbezaan di antara 2 istilah ini? Pada mulanya saya berpendapat konsepnya adalah sama, cuma istilah yang berbeza, kerana keduanya melibatkan proses mengeluarkan harta yang ditangan kita.
Duit, harta, dan kekayaan semuanya hakmilik Allah.. Apa yang ada di dalam dompet saya semuanya bukan hak mutlak bagi saya, apa yang ada dalam akaun bank saya juga bukan Hak mutlak bagi saya, semuanya pinjaman daripada Allah dan kepada Allah jugalah saya ingin memulangkannya semula. Saya teringat kata-kata seorang ustaz yang sangat berkesan di hati saya :
" Duit yang ada dalam poket kita tuh, belum tentu lagi ianya menjadi hak kita, boleh jadi hilang, boleh jadi habis kat tempat lain, boleh jadi kena curi.. tapi apa yang kita keluarkan untuk infaq dan sedeqahkan, itulah HAKMILIK kita sebenarnya.."
Benarlah apa yang dikatakan oleh ustaz itu, yang diinfaqkan itulah yang menjadi HAKMILIK kita dihadapan Allah kelak.
Sedeqah nih, kita keluarkan harta kita apabila diminta untuk mengeluarkannya. Macam orang datang mintak sedeqah, lepas tuh kita pun hulur lah RM 1 @ 2 @ 5 dan sebagainya.. itulah sedeqah namanya.
Infaq pula, kita mengeluarkan harta kita tanpa perlu diminta oleh mana-mana pihak. Dengan ikhlas kita keluarkan harta itu untuk diinfaqkan pada jalan Allah.
Ada bezakah antara keduanya? iya, bezanya disitu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






salam. isu markah kasihan semakin mendapat tempat di kalangan mahasiswa kita. jadi saya menjemput kawan2 semua, kita bermuafakat ramai2, saya telah membina sebuah forum, jadi dapat la kita sama2 mencurahkan pandangan dan idea, supaya isu ini menjadi murni kembali…jemput semua ke forum
http://toovia.com/7324ay