
"Eee.. tak suka lah Izah dengan si Hilman tu,menyampah lah.. tengok muka dia pun dah naik meluat! " Hamizah yang lebih mesra dengan panggilan Izah mengadu kepada kakak Naqibahnya.
" Eh, kenapa nih dik? Sabar dik, sabar.. Inna Sobru min Nuurillah.."
Fasihah menyebutkan kata-kata hikmat yang sering dilafazkan pensyarahnya, cuba memujuk dan menenangkan Hamizah. Kelibat Hilman yang kebetulan melalui depan Perpustakaan Fakulti Perubatan tadi terus menghilang.
" Kenapa adik marah sangat dengan si Hilman tu? Akak tengok dia OK je, dia ada buat apa-apa yang tak baik kat adik ke? " Fasihah cuba menyelami hati Mad'u usrahnya itu, bimbang kata-katanya tadi dipandu syaitan sepenuhnya, setiap kata-kata yang dilafazkan akan dipertanggungjawabkan ke atas kita, telinga yang enak mendengar juga tak terkecuali.
Hilman merupakan rakan sekelas Fasihah, mereka selalu juga berkerjasama dalam persatuan. Fasihah amat memahami Hilman, dia tidak dapat menerka apakah yang bermain difikiran mad'unya, seakan-akan begitu berdendam pada rakannya itu.
" Dia tu tak best lah kak..tak reti nak faham hati naluri perempuan, setiap masa nak serius jek, buat muka garang, padahal bukan susah sangat pun kalau nak senyum.. dah tu, tengok lah pakaian dia, ee.. tak suka lah! " Hamizah mengeluh sambil mencebik bibir, semua yang berkaitan dengan Hilman pasti ada yang tidak kena. Hati kecilnya masih lagi tidak dapat bersangka baik terhadap saudara seaqidahnya itu.
Fasihah menarik nafas panjang, hati kecilnya terus beristighfar.
" Ya Allah, ampunilah aku, ampunilah mad'u ku ini, sesungguhnya dia melafazkan kata-kata tadi diluar kawalannya, Ya Allah, lembutkanlah hati kami ini untuk bersangka baik kepada saudara-saudara kami" Fasihah bermunajat di dalam hati, doa merupakan komponen yang amat penting untuk berdakwah, kerana hati itu milik Allah, Dia lah yang membolak balikkan hati-hati insan, Dia lah juga yang menentukan dan melembutkan hati untuk menerima dakwah yang dismpaikan sang Da'ie.
Fasihah menghela nafasnya, cuba untuk mengatur strategi dan kata-kata, bibirnya terus berbisik istighfar memohon ampun daripada kekasihnya Al-Ghaffar.
" Izah, akak rasa tak best lah bincang pasal Hilman tu, hurm.. Haa.. Izah, akak macam dahaga nih, jom teman akak gi Cafe, akak belanja Izah 'Teh O Ais Limau manis' kegemaran Izah, Nak tak? akak tau Izah mesti dahaga jugak kan?? Jom lah teman akak.." Fasihah terus memujuk, cuba memenangi hati Hamizah. Dia berusaha menceriakan wajah di depan mad'unya itu, wajah ayu kurniaan Allah kepadanya digunakan sebaiknya, dengan harapan sedikit sebanyak dapat menyejukkan 'mood' mad'unya itu.
Fasihah selalu ingat akan pesan abah : Marah itu daripada syaitan, berasal daripada elemen Api, yang membakar-bakar hati supaya terus marah, tenangkanlah bara kemarahan itu dengan air, kerana air itu elemen yang berlawanan dengan api, sebaik-baiknya dengan berwudu' dan minum Air. Air Teh O Ais Limau!
Bilakah lagi Kita semua satu Hati,
Bilakah lagi kemanan kan dikecapi,
Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi,
Bangunlah wahai Ummah, Kita Satu Hati...
..........
Pengunjung-pengunjung Cafe di Fakulti Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia sering sahaja dihiburkan dengan nasyid-nasyid yang membina jiwa, petang itu lagu dendangan kumpulan La Khauf yang sangat popular dikalangan ahli-ahli gerakan bertajuk " Satu Hati" bergema di Radio. 'La Khauf' merupakan kumpulan nasyid yang agak baru ditanah air, kumpulan ini sangat unik, menampilkan penasyid yang terdiri daripada bekas-bekas tahanan ISA. Lagu-lagu yang dinyanyikan mereka kebanyakannya berunsurkan pembinaan semangat dan Jihad.
Di Cafe, Fasihah dan Hamizah duduk sambil menikmati air Teh O Ais Limau yang sejuk, membasahkan kerongkong yang tadi kering, sungguh Nikmat! Suasana Cafe petang itu agak lengang, diulit dengan lagu-lagu nasyid yang indah, sungguh menenangkan jiwa. Fasihah memerhati wajah mad'unya dengan pandangan kasih, Hamizah memang dikurniakan wajah yang cantik, dihiasi lesung pipit, menyerlahkan lagi keayuannya.
" Izah.." Fasihah memanggil lembut nama manja mad'unya sebagai muqaddimah sebelum memulakan bicara, sudah menjadi kebiasaan bagi Fasihah memanggil nama mad'u-mad'unya dengan nama panggilan manja yang biasa dipanggil oleh ahli keluarga mereka, supaya terasa lebih dekat dan lunak hati mereka dengan bicaranya. " Izah pernah tak dengar kisah Tomato?" Fasihah cuba menarik perhatian Hamizah yang sejak tadi asyik menikmati minuman kegemarannya.
" Tomato? he.. bunyi macam menarik ceritanye, akak cerita lah.. ana tak sabar nak dengar nih.. Kenapa dengan Tomato tu? akak tak pernah pun cerita lagi kat Izah pasal Tomato.."
Hamizah amat berminat dan bersungguh-sungguh nak mengetahui kisah yang bakal diceritakan oleh Naqibahnya itu. Dia tahu yang naqibahnya itu memang pandai bercerita, Fasihah sangat berbakat dalam bercerita, dia selalu sahaja menjuarai pertandingan bercerita sewaktu di sekolah rendah dulu. Hamizah pula sangat suka mendengar naqibahnya itu bercerita, dia sangat mudah terkesan dengan cerita-cerita yang dibawakan oleh Naqibahnya.
Fasihah tersenyum dan memulakan ceritanya : Ada seorang cikgu di sebuah sekolah Menengah, dia berpesan kat semua murid dia" Pelajar-pelajar semua, esok cikgu nak kamu semua bawak buah Tomato ke sekolah, Boleh? " Semua pelajar mengangguk dan menjawab beramai-ramai
" Boleh cikgu!"
Keesokan harinya, pelajar-pelajar pun datang lah ke sekolah dengan membawa buah tomato masing-masing. Bulat, merah, dan segar!
Apa yang pelik nya, cikgu mereka tak berbuat apa-apa pun dengan tomato yang mereka bawa, sebaliknya menyuruh mereka menyimpan tomato-tomato tersebut di dalam beg masing-masing dan membawa semula ke sekolah keesokan harinya.
Pada hari yang seterusnya, cikgu mereka mengeluarkan kenyataan yang sama sehinggalah hampir masuk minggu yang kedua. Tomato-tomato yang dibawa pelajar-pelajar sudahpun penyek, berair, busuk, dan hampir berulat . Pelajar-pelajar sendiri sudah tidak dapat lagi menahan bau yang sungguh busuk dan kurang menyenangkan itu, lalu mereka meminta guru mereka memberi penjelasan, apakah rasionalnya mereka disuruh membawa Tomato yang sudah pun rosak dan busuk di dalam beg mereka, berulang alik kesekolah setiap hari.
Lalu Cikgu mereka menjawab " Tomato-tomato itu menjadi buruk dan berbau busuk setelah beberapa ketika, tetapi kamu sendiri yang memilih untuk membawanya bersama-sama kamu, akhirnya kamu lah yang tidak tenang dengan bau tomato itu, sedangkan kamu mempunyai pilihan untuk membuangnya daripada beg kamu. Tengok, akhirnya bukan tomato itu yang susah, tapi kamu sendiri yang susah, kan lebih tenang hidup kamu kalau kamu buangkan saja Tomato-tomato buruk tu"....

" Oh, jadi.. apa kesimpulannya kak? " Hamizah mencelah, sambi mengerutkan keningnya, cuba mencari motif di sebalik cerita yang cuba disampaikan Fasihah.
"Entah lah, memang ada kesimpulan, tapi.. akak nak dengar pendapat Izah dulu, kalau betul, nanti akak bagi hadiah, hihi " Fasihah menjawab soalan Hamizah dengan soalan. Dia lebih suka berlaku interaksi dua hala dalam perbincangan mereka, dibimbangi dia yang 'syok sendri' sepanjang perbincangan mereka petang itu.
Hamizah menggaru-garu kepala," Hurmmm.. Izah tak dapat fikir lah kak.. petang nih otak Izah macam jam jek.. tak dapatlah Izah nak merasa hadiah akak tuh hari nih.. ana nak sangat tahu isi yang tersirat daripada kisah tadi.." dipujuknya Fasihah untuk terus memberikan jawapan, dah tak sabar-sabar lagi dia nak mengetahuinya.
" Ooo.. nih nak jawapan terus la nih ye? " Fasihah mengusik, dia memang seorang Naqibah yang baik, tak suka memaksa-maksa. Hamizah tunduk tersenyum.
" Ehem..Macam ni lah, jom kita andaikan buah tomato tu macam prasangka buruk kita terhadap seseorang, dan beg sekolah tu ialah hati kita, selagi mana kita simpan prasangka buruk terhadap seseorang, selagi itu lah ia membusuk di dalam hati kita, natijahnya? hidup kita sendiri yang rasa tak senang, tak tenang, dan gundah gulana.. sedangkan kita mempunyai pilihan untuk membuang buah tomato itu jauh daripada beg kita, walhal orang yang kita berprasangka terhadap mereka, mereka tak rugi sedikit pun, mereka tetap menjalani hidup mereka seperti biasa.. kan? Tapi kita? Hari-hari dibelenggu kesusahan semata-mata kehendak kita sendiri untuk simpan Tomato buruk tu...Bukankah kita boleh......"
Kata-kata Fasihah terus sampai ke hati Hamizah, sentuhan yang menyebabkan hatinya tersangat sebak.
"A.. Akak... Izah…...izah salah kak.."
Hamizah bercucuran air mata di hadapan Fasihah membuatkan Fasihah terdiam dan tidak sanngup lagi menyambung bicara. Fasihah sangat terharu, dia lantas bangkit dari kerusi lalu duduk bersebelahan Hamizah. Mereka saling berpelukan.
" Izah, akak minta maaf.. akak minta maaf sangat, kalau-kalau kata-kata yang akak gunakan tadi tak sesuai... akak minta maaf... akak tak berniat..." Menitis air mata Fasihah, tak berdaya untuk meneruskan lagi kata-katanya.
*
"Akak.... Izah sayang akak! Izah harap, akak akan terus mengingatkan Izah...Izah doakan Ukhuwah kita berkekalan.." Hamizah meluahkan isi hatinya setelah hampir 10 minit melayan perasaan. Mujurlah petang itu hanya mereka berdua sahaja yang berada di Cafe, tentu malu kalau gelagat mereka tadi diperhatikan pelajar-pelajar lelaki.
" Izah doakan akak tsabat dengan jalan yang akak pilih ni ye, insyaAllah akak pun sentiasa doakan Izah.." giliran Fasihah pula bersuara. " Dah lewat petang ni, jom, akak hantar Izah balik ke Asrama Glenview! " - Firdausredha 19April